Berita

Days Gone : Menunggang Ke Persidangan Sony E3 Dengan Treler Permainan Yang Ganas

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Days Gone, permainan pengembaraan aksi dunia terbuka terbitan Sony Bend yang telah diumumkan pada sidang akhbar E3 PlayStation pada tahun lepas dan tahun ini Sony Bend mengeluarkan satu lagi treler, demonstrasi hampir 5 minit misi dalam permainan yang mempamerkan ciri-ciri yang terdapat di dalam Days Gone.

Days Gone berkisarkan seorang pegawai kelab motosikal, Deacon St. John, dalam perjuangan untuk terus hidup di padang gurun Pacific Northwest selepas wabak zombi yang melanda. (Zombi dalam permainan ini dipanggil “Freakers.”) Ia mengimbas kembali persekitaran sekeliling The Last of Us, aksi tetapi jalan cerita untuk kedua-dua permainan ini adalah berbeza.

Kitaran siang dan malam memberi kesan kepada tahap kesukaran, dengan zombi akan lebih aktif dan kuat pada waktu malam dan lemah pada siang hari. Mekanik cuaca yang berubah-ubah juga adalah sebahagian daripada ciri yang diperkenalkan di dalam Days Gone. Cuaca berubah-ubah ini juga akan memberi kesan kepada tahap kesukaran permainan.

Tiada sebarang tarikh pelancaran yang diumumkan setakat ini untuk Days Gone. Ia telah berada di dalam fasa pembangunan sejak tahun 2015.

Sumber: polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.