Berita

Days Gone: Rakaman Alternatif Perubahan Cuaca Yang Memberi Kesan Kepada Permainan

days-gone
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony telah mempertontonkan demo alternatif rakaman permainan untuk Days Gone, yang diperlihatkan secara tertutup semasa acara E3 tahun ini.

Semasa persidangan E3 Sony pada tahun ini, rakaman permainan telah ditunjukkan, tetapi rakaman permainan alternatif ini hanya diperlihatkan kepada sejumlah orang tertentu sahaja.

Baca juga: Days Gone : Menunggang Ke Persidangan Sony E3 Dengan Treler Permainan Yang Ganas

Rakaman permainan alternatif ini telah dipertontonkan disertai dengan beberapa ulasan dari pengarah kreatif permainan dan memberi tumpuan kepada perubahan cuaca, waktu, dan gaya permainan Days Gone.

Berikut adalah rakaman permainan alternatif Days Gone:

Semua ciri-ciri ini berfungsi untuk mencipta pengalaman dinamik dan dunia terbuka. Apabila Deacon mengembara untuk menyelamatkan rakannya, cuaca, masa, situasi dinamik, dan cara bermain boleh mengubah pengalaman permainan secara dramatik.

Baca juga: Days Gone: Akan Mempunyai Zombi Yang Lebih Gempak Dari Permainan Lain

Di samping video baru ini, Sony juga menyediakan beberapa butiran yang dibentangkan oleh Bend Studio.

Cuaca dan masa: Salji akan memberi kesan kepada keupayaan anda untuk menunggang Drifter Bike, cuaca yg sejuk menjadikan Freakers lebih kuat; Hujan boleh meredakan bunyi, tetapi membawa lebih banyak Freakers pada siang hari; Malam membawa lebih banyak Freakers dan mengubah tingkah laku Marauders, dan banyak lagi.

Visi Survival: Anda boleh memberi tumpuan kepada persekitaran di sekeliling anda untuk mengetahui laluan, petunjuk, dan sumber.

Pertukangan (Crafting): Anda dapat menemui pelbagai sumber di dunia terbuka dalam permainan yang dapat digunakan untuk membuat barang yang berguna dan juga senjata.

Perangkap: Mencipta dan meletakkan perangkap – digunakan bersama dengan mekanik gangguan yang mengalih perhatian musuh – merupakan bahagian penting dalam pertempuran strategik.

Situasi Dinamik: Anda perlu berhati-hati dalam mengelak serangan hendap, perangkap, dan bahaya lain.

Tiada sebarang tarikh pelancaran yang diumumkan setakat ini untuk Days Gone. Ia telah berada di dalam fasa pembangunan sejak tahun 2015.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.