Berita

Dead Rising 4: Frank’s Big Package Akan Hadir Ke PS4 Disember Ini

Dead-Rising-4
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Dead Rising 4, kemasukan terkini siri Capcom yang sebelum ini telah hadir di PC dan Xbox One, akhirnya akan dikeluarkan pada PlayStation 4 tahun ini.

Diberi tajuk Dead Rising 4: Frank’s Big Package, pelancaran di PlayStation 4 akan merangkumi semua kandungan DLC yang dikeluarkan untuk PC dan versi Xbox One serta mod baru yang dipanggil Capcom Heroes, di mana Frank West boleh memperolehi pakaian karakter klasik Capcom, senjata dan melakukan gerakan serangan khas berdasarkan karakter yang telah diperolehi.

Dead Rising 4: Frank’s Big Package akan dilancarkan di PlayStation 4 pada 5 Disember tahun ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.