Berita

Death Stranding : Hideo Kojima Berkongsi Gambar Sesi Fotografi Permainan Ini

Diolah oleh hang92

Death Stranding adalah permainan berkisarkan tentang…  serius kami tidak tahu dan tidak dapat memberi maklumat kepada anda.

Hanya Hideo Kojima dan pasukannya di Kojima Productions sahaja yang tahu mengenai permainan ini. Dan setakat ini mereka telah memberikan kita beberapa treler sahaja buat masa ini.

Terbaru, Hideo Kojima telah mengeluarkan beberapa gambar baru daripada sesi fotografi beliau untuk Death Stranding.

Tidak banyak yang boleh ditafsirkan mengenai permainan dari gambar-gambar yang dikongsi ini. Cuma yang pasti, tarikh E3 makin menghampiri, berita tentang Death Stranding pasti akan diumumkan.

Harap anda sabar menunggu bersama konsol.my untuk mengetahui maklumat terkini tentang apa-apa yang berkaitan dengan Death Stranding.

Permainan ini dikhususkan untuk PS4 dan ia tidak mempunyai tarikh keluaran lagi.

sumber : gamingbolt

Mungkin anda juga berminat untuk membaca tajuk lain seperti ini di konsol.my

E3 2017 : APA YANG AKAN BAKAL ANDA SAKSIKAN KELAK?

Apa Itu E3, Electronic Entertainment Expo?

Death Stranding : Ura ura kemunculan pelakon Hollywood popular Emma Stone

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.