Berita

Death Stranding: Penerangan Kali Pertama Hideo Kojima Tentang Permainan Ini Tidak Dapat Difahami Pasukannya

death-stranding
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Hideo Kojima mengatakan bahawa apabila kali pertama beliau menerangkan konsep Death Stranding dan apa yang diinginkan beliau dengan permainan itu bersama pasukannya di Kojima Productions, tiada siapa yang memahami apa yang dijelaskan beliau.

death-stranding

Dalam E3 Coliseum Panel, di mana beliau bercakap dengan pengarah filem Jordan Vogt-Roberts (yang juga dijadual untuk mengarahkan filem Metal Gear Solid) mengenai filem-filem yang mempengaruhi beliau sebagai pembangun permainan. Kojima berkata secara ringkas tentang bagaimana pasukannya memberi reaksi apabila beliau menerangkan idea-ideanya.

“Setiap kali saya memikirkan sesuatu perancangan, saya menjelaskan apa  yang saya fikirkan untuk sistem permainan. Orang-orang pertama yang saya terangkan adalah kepada pasukan saya. Untuk Death Stranding, saya mula menjelaskan setahun lalu kepada pasukan apa yang saya inginkan. Tiada siapa yang faham! Kerana saya telah cuba untuk membuat sesuatu yang baru dan sesuatu yang berbeza. Jadi bagi saya, saya sendiri berpendapat bahawa jika ada orang yang bertentangan pendapat dengan anda, maka anda berada di landasan yang betul. Itulah pembuatan permainan bagi saya. “

Kita telah melihat dua treler permainan setakat ini, dan walaupun Kojima agak membisu tentang permainan ini, kita masih tidak faham tentang permainan ini.

Permainan ini dikhususkan untuk PS4 dan ia tidak mempunyai tarikh keluaran lagi setakat ini.

Sumber : GamingBolt

Mungkin anda juga berminat untuk membaca tajuk lain seperti ini di konsol.my

Death Stranding: Tidak Akan Dipersembahkan Di E3 2017

Death Stranding : Hideo Kojima Berkongsi Gambar Sesi Fotografi Permainan Ini

Death Stranding: Ura ura kemunculan pelakon Hollywood popular Emma Stone

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.