Ura-ura

Death Stranding: Tidak Akan Dipersembahkan Di E3 2017

Diolah oleh hang92

Pada hari ini, Hideo Kojima iaitu pengasas kepada Kojima Productions, mengumumkan bahawa permainan yang kita nantikan iaitu Death Stranding, tidak akan dipersembahkan di E3 2017.

Berita itu datang melalui tweet daripada Kojima sendiri:

Bagi mereka yang tidak tahu, Death Stranding telah pertama kali diumumkan pada E3 2016 di dalam acara Sony. Permainan ini masih lagi dalam peringkat pembangunan untuk PS4, ia merupakan permainan pertama daripada Kojima Productions setelah bergerak bebas akibat berpisah dengan syarikat Konami

Seperti yang anda tahu juga, permainan ini menampilkan pelakon terkenal seperti Norma Reedus dan Mads Mikkelsen.

Permainan ini akan dilancarkan sebelum tahun 2019

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.