Ura-ura

Death Stranding – Ura ura kemunculan pelakon Hollywood popular Emma Stone

Diolah oleh Along Naz

Secara tidak sedar, air mata kami menitis semasa menyaksikan kematian Gwen lakonan Emma Stone semasa sedang menyaksikan filem The Amazing Spider-Man 2.

Ada desas-desus  mengatakan bahawa aktres Hollywood popular, Emma Stone akan memegang salah satu karektor di dalam permainan Hideo Kojima yang terbaru iaitu Dead Stranding.

Baca disini jika ingin mengetahui tentang permainan ekslusif Sony PS4 yang dinantikan pada 2017

Walaubagaimanapun, satu imej dikatakan dengan ‘sengaja’ didedahkan bagi mengaitkan pelakon dan model comel di dalam permainan ini. 

Gambar ini telah pun banyak berlegar di media sosial menjadikannya lebih sensasi daripada biasa.

Dengan tersebarnya gambar tersebut, banyak spekulasi yang bermain di media namun yang pasti ianya hanyalah semata-mata satu khabar angin.

Secara peribadi, kami masih lagi percaya bahawa terdapat peluang dan ruang untuk aktres ini berada di dalam permainan ini.

Namun hakikatnya perkara ini masih tidak membuktikan apa-apa lagi sehingga kini.

Sedihnya, tiada lagi mengenai laporan rasmi mengenai pelancaran rasmi permainan Death Stranding ini, kami menjangkakan permainan ini akan dikeluarkan pada akhir tahun 2019. 

sumber : psu

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.