Berita

Demam Permainan Fortnite Battle Royale Telah Bermula: 7 Juta Pemain Telah Direkodkan Setakat Ini

Diolah oleh Konsol

Baru minggu lepas kami melaporkan bahawa anda boleh melakukan muat turun percuma bagi permainan Fortnite Battle Royale di PS4, Xbox dan PC. Kini nampaknya demam permainan Fortnite Battle Royale ini telah pun bermula.

Menurut pihak Fortnite Battle Royale iaitu Epic Games, setakat masa artikel ini ditulis permainan Fortnite Battle Royale telah pun mempunyai pemain serentak sekitar 7 juta pemain. Ya 7 juta!!!

Berita ini pasti amat mengembirakan pihak pengeluar permainan ini kerana telah mencapai angka pemain yang menakjubkan didalam masa yang singkat.

Walaupun angka 7 juta ini masih terlalu jauh untuk menandingi jumlah pemain pada permainan Player Unknown Battlegrouds (PUBG), tetapi ia masih lagi peningkatan yang amat memberansangkan dan boleh dibanggakan ketika ini.

Sempena kejayaan yang menakjubkan yang dicapai oleh permainan Fortnite Battle Royale ini, pihak Epic Games akan mengemaskini permainan ini untuk menyokong pernambahan mod multi-pemain secara berdua pemain dan juga fungsi Supply Drops di Fortnite Battle Royale. Apa yang menarik mengenai kemaskini ini ialah kerana dengan fungsi mod multi-pemain, pemain boleh bermain secara kumpulan bersama-sama rakan.

Bagi anda yang merasakan permainan Player Unknown Battleground (PUBG) terlalu mainstream dan mahukan sedikit kelainan, silalah mencuba permainan Fortnite Battle Royale ini. Lagi pun permainan ini percuma, dan anda tidak rugi apa-apa pun jika memainkannya 🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.