Berita

Demo Gran Turismo Sport Dilancarkan Tengah Malam Ini, Saiz Fail Adalah 43GB

GT Sport-1
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Gran Turismo Sport kini telah mempunyai demo masa terhad yang akan tersedia untuk dimuat turun pada 12 tengah malam ini dan boleh di main pada 4 pagi esok, 10 Oktober. 

Demo ini akan membolehkan pemain mencuba mod Sport, Campaign and Arcade. Selain itu, pemain akan mendapat akses kepada mod fotografi baru yang dikenali sebagai Scapes dan juga kepada Custom Livery Editor.

Semua kemajuan/mata terkumpul dalam permainan yang dibuat semasa demo akan dibawa ke permainan penuh, sekiranya anda memutuskan untuk membeli permainan ini.

Perlu diingat bahawa saiz demo ini sahaja sudah cukup besar iaitu sebesar 43 GB. Jadi anda perlu memuat turun seawal mungkin agar dapat membantu anda untuk mengalami pengalaman bermain demo permainan  ini sepenuhnya.

Demo akan berakhir pada 13 Oktober dan permainan penuh akan dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation 4 pada 17 Oktober.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

PlayStation 4 Slim 1TB Gran Turismo Sport Telah Sedia Untuk Dipasarkan 18 Oktober Ini

Gran Turismo Sport: Treler Baru Memperkenalkan Suaikenal, PSVR Dan Banyak Lagi

Gran Turismo Sport: Sony Telah Mengeluarkan Video Cara Permainan Yang Berdurasi 8 Minit

Gran Turismo Sport: Akan Datang Pada Oktober Ini; Saksikan Video 4K@60 Terbaru

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.