Berita

Demo Selama 4 Hari Untuk Gran Turismo Sport Akan Bermula Pada 10 Oktober Ini

GTSport
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony Interactive Entertainment akan melancarkan demo percuma untuk Gran Turismo Sport pada minggu hadapan, yang memberikan peluang kepada pemilik PlayStation 4 untuk mencuba permainan perlumbaan baru keluaran Polyphony Digital ini.

Tempoh demo Gran Turismo Sport akan berlangsung selama empat hari, namun segala pemarkahan yang dibuat dalam permainan, kredit dalam permainan dan kereta di dalam garaj peribadi ketika demo akan dibawa kehadapan untuk permainan penuh.

Demo ini juga akan memperlihatkan ciri-ciri serba baru untuk mod kempen dan arked, serta mod foto Scapes dan pengubahsuaian editor.

Pelanggan PlayStation Plus boleh mula memuat turun demo Gran Turismo Sport pada 8 Oktober dan bermain pada 10 Oktober.

Bagi para pemilik PS4 yang tidak melanggan PlayStation Plus pula akan boleh memuat turun dan memainkan demo pada 10 Oktober. Demo akan berakhir pada 13 Oktober.

Sumber: Polygon

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

PlayStation 4 Slim 1TB Gran Turismo Sport Telah Sedia Untuk Dipasarkan 18 Oktober Ini

Gran Turismo Sport: Treler Baru Memperkenalkan Suaikenal, PSVR Dan Banyak Lagi

Gran Turismo Sport: Sony Telah Mengeluarkan Video Cara Permainan Yang Berdurasi 8 Minit

Gran Turismo Sport: Akan Datang Pada Oktober Ini; Saksikan Video 4K@60 Terbaru

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia