Berita

Destiny 2 DualShock 4 Limited Edition Diumumkan

Destiny-2-Dualshock-Limited-Edition
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Destiny 2 memperkenalkan pengawal DualShock 4 Limited Edition, dan ia akan dikeluarkan pada hari yang sama dengan permainan ini dilancarkan.

destiny-2-dualshock-4-1

Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa mereka berkerjasama dengan Activision untuk membawa pengawal Destiny 2 Limited Edition kepada orang ramai.

Pengawal ini berwarna putih, dan mempunyai logo Destiny di satu sisi, dan di sisi lainnya pula mempunyai simbol untuk tiga kelas Guardian – Titan, Warlock, dan Hunter, sementara tajuk permainan dicetak pada pad sesentuh.

destiny-2-dualshock-4-2

Pengawal ini sudah tentu adalah pengawal versi terkini DualShock 4, yang mempunyai bar cahaya tambahan di bahagian atas pad sesentuh.

destiny-2-dualshock-4-3

Destiny 2 dan DualShock 4 Limited Edition ini, kedua-duanya akan hadir ke pasaran pada 6 September 2017. Destiny 2 boleh didapati di PlayStation 4, Xbox One, dan Windows PC.

Sumber: PlayStation Blog

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.