Berita

Destiny 2 Membuka Muat Turun Beta Untuk PlayStation 4 dan Xbox One Pada 21 Julai Ini

destiny2
Diolah oleh hang92

Kumpulkan pasukan anda segera, kerana permainan Destiny 2 akan dilancarkan secara Beta (permainan percubaan) yang akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One bermula dari 21 Julai sehingga 23 Julai ini. Jika anda telah membuat pra pesanan, maka anda layak untuk bermain dengan lebih awal. Walaupun syarikat pembikin Bungie telah bekerjasama dengan Intel untuk permainan Destiny 2 ini, tetapi platform PC tidak akan dapat bermain permainan ini secara beta.

Bungie telah membuat francais permainan ini dengan baik sekali, walaupun anda bukan seorang peminat Destiny di mana permainan ini dilancarkan pada mulanya pada tahun 2014, namun kami percaya permainan ini akan terus mendapat sambutan.

Permainan ini boleh dimainka secara mod berbilang secara besar-besaran (MMO) dan akan diperkenalkan sistem Clan baru yang memudahkan pemain untuk menyertai pemain lain dalam Raids.

Untuk pengetahuan anda, permainan Destiny pertama telah mengumpul lebih 30 juta pemain berdaftar pada tahun lepas dan diikuti dengan perkembangan DLC The Taken King.

Permainan ujian secara beta ini akan membolehkan pihka Bungie untuk menguji sejauh mana sambutan terhadap jalan cerita yang baru, dan juga sebagai publisiti untuk permainan ini yang bakal dilancarkan pada September kelak.

sumber: VentureBeat

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.