Berita

Destiny 2: Saksikan Treler Mod Permainan Berbilang Terbaru, Crucible

Diolah oleh hang92

Bungie dan Activision telah melancarkan treler terbaharu yang bertajuk Crucible, treler ini merujuk kepada mod pemain terbilang untuk permainan akan datang iaitu Destiny 2.

Treler Crucible ini mengisahkan tentang mod pemain berbilang, multiplayer di dalam aksi 4 lawan 4. Anda akan berhadapan dengan musuh yang paling hebat sekali iaitu pemain atas talian lain. Pelbagai cara permainan atas talian boleh dimainkan samada anda bermain ‘Control’ untuk menguasai zon anda sendiri, meletupkan atau bertahan daripada letupan bom di dalam ‘Countdown,’ atau bertahan sehingga anda menjadi orang terakhir di dalam ‘Survival,’

Permainan ini juga boleh dimainkan secara mod berbilang secara besar-besaran (MMO) dan akan diperkenalkan sistem Clan baru yang memudahkan pemain untuk menyertai pemain lain dalam Raids.

Untuk pengetahuan anda, permainan Destiny pertama telah mengumpul lebih 30 juta pemain berdaftar pada tahun lepas dan diikuti dengan perkembangan DLC The Taken King.

Bagi pendapat kami, Bungie telah membuat francais permainan ini dengan baik sekali, walaupun anda bukan seorang peminat Destiny. Kerana walapun permainan ini dilancarkan pada mulanya pada tahun 2014, namun kami percaya permainan ini akan terus mendapat sambutan.

sumber: comingsoon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.