Berita

DESTINY 2 : Tiada Peluang Untuk Dimainkan di Nintendo Switch?

Diolah oleh Along Naz

Ramai yang mengatakan tentang permainan Destiny 2 sekarang, permainan sekuel popular kepada siri Destiny.

Ada peminat telah menanyakan sesuatu kepada pihak pemaju permainan ini, Bungie sekiranya mereka ada perancangan untuk perkenalkan permainan ini kepada Nintendo Switch.

Jawapannya adalah TIDAK! Ini berikutan kenyataan daripada otai Bungie sendiri, Mark Noseworthy baru-baru ini.

“Den suko Switch. Den ado sebijik kek rumah. Den selalu main game Breath of the Wild dan ia sangat menakjubkan! Tapi dalam hal ni, den takkan mengatakan apo-apo janji manis terutamanyo kepado peminat Switch. Yang boleh den cakap kami takdo apo-apo perancangan untuk Switch”. – kata-kata beliau yang diterjemahkan kepada dialek Nogori

Jadi! Apa kata anda? Sekurang- kurangnya beliau berlaku jujur dan berterus-terang kepada peminat kan.

Untuk rekod, permainan Destiny 2 bakal dilancarkan pada bulan September akan datang melalui platform konsol PS4 dan juga Xbox One.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Destiny 2 Merupakan Penutup Kepada Siri Destiny?

DESTINY : THE TAKEN KING – Merupakan DLC Terbesar Dalam Destiny

Destiny 2 : Pendedahan Treler Permainan Terbaru