Berita

Destiny 2: Treler Dunia Nyata Dari PlayStation Jepun Memperlihatkan Tarian Yang Melucukan

destiny-2-dance
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Para peminat permainan Destiny pasti tahu bahawa ciri-ciri yang paling relevan dalam permainan Destiny adalah tarian, jadi PlayStation Jepun memutuskan untuk menggambarkan perkara ini di dalam treler dunia nyata.

Treler ini sangat berbeza dari apa yang kita lihat di barat dan pada dasarnya treler ini semuanya adalah berkaitan dengan tarian.

Ia juga benar-benar lucu, bukan sahaja kerana melihat kumpulan penari menari di jalanan, tetapi kebanyakannya disebabkan oleh persamaan yang sangat ketara dengan apa yang biasa kita lihat  di Tower ketika dalam permainan.

Anda boleh saksikan treler itu di bawah;

Destiny 2 kini sudah dilancarkan di seluruh dunia untuk PS4 dan Xbox One. Platform PC pula perlu menunggu sehingga 24 Oktober ini.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Destiny 2: Saiz Permainan Didedahkan Untuk PS4 Dan Xbox One

Destiny 2: Saksikan Treler Mod Permainan Berbilang Terbaru, Crucible

Destiny 2 DualShock 4 Limited Edition Diumumkan

Playstation 4 Pro Berwarna Putih Akan Hadir Sempena Pelancaran Permainan Destiny 2

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.