Imbasan

DESTINY : THE TAKEN KING – Merupakan DLC Terbesar Dalam Destiny

Diolah oleh Along Naz

Oryx yang huduh pon sudah dimiliki orang lain, engkau tu bila lagi

DESTINY : The Taken King  adalah siri ketiga bagi permainan first-person shooter,Destiny, dan setakat ini, ia adalah penambahan terbesar di dalam dunia Destiny.

The Taken King memperkenalkan sebuah pencarian dan kisah yang baru, musuh – musuh baru, lokasi pengembaraan yang baru, peta Strikes dan Crucible yang baru,  taktik serangan baru  yang akan meletakkan pemain menghadapi pelbagai cabaran.

Untuk menggalas cabaran tersebut, pemain akan mempunyai akses memasuki  tiga laluan yang boleh mengakibatkan kemusnahan Guardian dan sebuah gudang senjata  yang besar.

Satu bayangan hitam telah tewas di dunia kami! Oryx, The Taken King, menaikkan seorang tentera yang ‘korup’ dengan dimanipulasi oleh Darkness sendiri. Anda perlu mencari jalan untuk masuk ke dalam kapal Dreadnought untuk menewaskan The Taken King sebelum raja tersebut beserta dengan bala tenteranya menenggelamkan peradaban dunia dan merosakkan sistem suria kita.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.