Berita

Detroit: Become Human Akan Dikeluarkan Pada Tahun Hadapan

detroit-become-human
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Permainan Detroit: Become Human keluaran Quantic Dream akan hadir ke pasaran pada tahun hadapan, 2018.

Pengarah permainan, David Cage, mengesahkannya dalam temu bual bersama GameSpot di E3.

Berikut adalah gambaran ringkas mengenai permainan ini:

Detroit: Become Human akan bersekitarkan bandar berhampiran Detroit. Android, yang kelihatan sama seperti manusia, telah menggantikan manusia dalam kebanyakan tugas: mereka adalah pekerja, pengasuh bayi, tukang kebun, jururawat, guru, kerani. Kisah Detroit bermula dengan insiden yang tidak dapat dijelaskan yang mula mempengaruhi Android.

Android-android ini ada yang hilang tanpa penjelasan, mempunyai tingkah laku yang tidak dijangka dan menunjukkan tanda-tanda emosi yang pelik. Desas-desus tentang perubahan pelik Android ini mula tersebar, tetapi tiasa siapa yang tahu apa yang sebenarnya terjadi disebalik itu.

Anda akan perlu membuat pilihan yang bukan sahaja menentukan nasib anda sendiri, tetapi seluruh bandar. Ketahui apa yang dimaksudkan dengan menjadi manusia dari perspektif Android – lihat dunia manusia melalui mata sebuah Android.

Anda boleh menonton treler rasmi dan demo cara permainan yang dipertontonkan di E3 2017 dalam video berikut:

Detroit: Become Human adalah permainan eksklusif PS4 yang akan hadir ke pasaran pada sekitar tahun hadapan, 2018.

Sumber : RPGSite

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia