Berita

DiRT 4 : Treler Bertajuk ‘Fearless’ Telah Dikeluarkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Codemasters dan Koch Media telah mengeluarkan treler siri permainan baru untuk DiRT  4 yang akan datang yang akan hadir ke PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

Treler yang bertajuk “Fearless ( Tidak Gentar )” dan dalam dunia Rally Sport, tiada perkataan boleh mempunyai makna yang lebih benar daripada tajuk treler ini.

Treler baru ini juga menampilkan lagu ‘Instigators‘ oleh Grace Potter, salah satu daripada 40 trek lagu berlesen yang akan ditampilkan dalam permainan.

The Amazons, Sigma, Freak and Pretty Vicious, Disclosure, Bastille, The Chemical Brothers dan Queens of the Stone Age adalah antara pemuzik yang akan mempunyai penampilan lagu mereka di dalam permainan ini.

DiRT 4 juga akan menampilkan lebih daripada 50 kenderaan yang memenuhi kriteria perlumbaan Rally. 5 lokasi trek Rally dengan berjuta-juta laluan di Australia, Sepanyol, Michigan, Sweden dan Wales turut diperkenalkan. Serta pelbagai variasi mod permainan single player dan multiplayer.

Anda boleh menonton treler permainan baru ini di bawah ;

DiRT 4 akan dikeluarkan ke platform PC, PS4 dan Xbox One pada 9 Jun tahun ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.