Berita

Dishonored Death Of The Outsider Akan Hadir Pada 15 September ini

Diolah oleh Konsol

Pada awal-awal kemunculan konsol.my di dalam arena permainan video tanah air, kami ada menerangkan mengenai permainan Dishonored 2 sebagai permainan terbaik pada tahun lalu. Ini kerana kami merasakan permainan Dishonored 2 adalah antara permainan yang paling seronok untuk dimainkan.

Jadi apabila permainan Dishonored sekali lagi diumumkan oleh Bathsheda pada acara E3 2017 yang lepas, sudah semestinya kami kembali teruja untuk menantikan permainan Dishonored yang terbaru ini yang akan dikenali sebagai Dishonored Death Of The Outsider.

Di dalam permainan terbaru Dishonored terbaru ini, jalan permainannya akan berasaskan permainan mandiri, survival, iaitu anda akan mengawal watak baru yang dikenali sebagai Billie Lurk.

Selain daripada itu, Billie Lurk bersama gurunya Daud akan mengembara untuk menjalankan misi membunuh penjahat antagonis didalam permainan ini iaitu Outsider. (Ooo sebab tu tajuk permainan ni ada perkataan “Outsider”).

Rumusan

Permainan terbaru Dishonored Death Of The Outsider ini akan hadir pada 15 September tahun ini, dan akan boleh dimiliki dengan harga $29.99 (~RM129) bagi Playstation 4, Xbox One dan PC.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk menjadi ahli sihir sekali lagi didalam permainan ini? Kongsikan pendapat anda bersama kami diruangan komen.

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.