Berita

Dissidia Final Fantasy NT : Permainan Pertempuran Final Fantasy Akan Hadir Ke PS4

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Dissidia Final Fantasy NT, permainan pertempuran dari Square Enix dan Team Ninja, akan datang ke PlayStation 4 tahun depan.

Dissidia Final Fantasy NT akan menampilkan lebih daripada 20 watak daripada Final Fantasy, termasuk protagonis Final Fantasy 15,  Noctis.

Permainan ini adalah sebuah permainan arked tahun 2015 (hanya dikeluarkan di Jepun) yang telah ditambah baik dan dipindahkan ke PS4.

Dibangunkan oleh Team Ninja, versi arked Dissidia Final Fantasy menampilkan watak-watak Final Fantasy seperti Cloud Strife, Sephiroth, Tidus, Lightning, Terra Branford dan Squall dalam pertempuran 3 lawan 3. Pemain juga boleh menyeru Ifrit, Shiva, Odin dan Ramuh ke dalam pertempuran.

Permainan ini juga menawarkan mod permainan di atas talian dan luar talian.

Square Enix telah lama membincangkan kemungkinan membawa Dissidia Final Fantasy ke PS4 dan menambah watak-watak yang boleh dimainkan, seperti Noctis, ke dalam permainan.

Menurut satu senarai untuk Dissidia Final Fantasy NT di Amazon, pengeluaran di PS4 akan menampilkan “jalan cerita Final Fantasy yang serba baru, yang ditulis oleh penulis Kazushige Nojima,” yang turut sama terlibat dengan Final Fantasy 7 Remake, Final Fantasy 15 dan Kingdom Hearts.

Berikut adalah treler pengumuman untuk Dissidia Final Fantasy NT di PS4

Dissidia Final Fantasy NT akan hadir ke PS4 pada awal tahun 2018.

Sumber : polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.