Berita

DLC Terbaru Battlefield 1: Nivelle Nights Sudah Boleh Dimuat-Turun

Diolah oleh hang92

Salah satu peta pada waktu malam sudah dilancarkan di Battlefield 1 sebagai DLC yang boleh dimuat turun oleh pemegang Premium Pass.

Peta Nivelle Nights memerlukan anda untuk berjuang di medan perang yang dipenuhi parit dan lumpur di kawasan yang bernama Malmaison dan Soupir, yang bertempat di Perancis.

Peperangan ini akan melibatkan antara dua negara iaitu askar Perancis dan askar Jerman yang bersedia untuk memeriahkan kawasan tersebut.

Nivelle Nights mrupakan peta DLC yang boleh dimuat turun sekarang dan malang sekali hanya untuk pemegang Premiums Pass sahaja. Menurut EA, tiada tarikh ditetapkan setakat ini untuk peta waktu malam kedua iaitu Prize de Tahure, kita hanya tahu ianya akan dikeluarkan tidak lama lagi.

sumber: polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.