Berita

DLC Terbaru Street Fighter V Didedahkan, Pakaian Sukan Untuk Rashid, Laura, dan Ibuki

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Semasa acara Comic-Con hujung minggu lalu di San Diego, California, Capcom telah menganjurkan suatu panel acara untuk meraikan ulang tahun ke-30 Street Fighter.

Di panel tersebut juga satu pengumuman telah dibuat bahawa beberapa pakaian DLC bertema sukan akan dikeluarkan tidak lama lagi untuk watak Rashid, Laura, dan Ibuki. Setiap pakaian mempunyai tanda harga USD $3.99 (~ RM17).

Anda boleh melihat kostum di bawah, yang telah dikeluarkan semalam bersama video pengenalan Abigail untuk Street Fighter V.

Rashid – Bolasepak:

rashild-football-uniform

Ibuki – Bola Tampar Pantai:

ibuki-volleyball-uniform

Laura – Bolasepak:

laura-football-uniform

Video Pengenalan Abigail:

Street Fighter V kini boleh didapati di PC and PlayStation 4.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Street Fighter IV: Champion Edition Membawa Pertarungan Dari Konsol Ke iOS

Bekas Pembangun Street Fighter Meminta Jasa Orang Ramai Untuk Menaja Permainan Baru Ciptaan Beliau, Fantasy Strike

Street Fighter V – Legasi Permainan Pertempuran

Street Fighter 5 : Capcom Mencipta Kontroversi Dengan Bacaan Ayat Suci Islam

Sumber: Siliconera

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia