Berita

DLC Terbaru Titanfall 2: The War Games Sudah Dilancarkan

Diolah oleh hang92

DLC terbaru permainan Titanfall 2 telah dilancarkan pada hari ini. DLC terbaru ini akan mengandungi peta baru, cara serangan baru, dan tambaham senjata. Selain itu, DLC ini juga datang dengan beberapa penambahbaikan kepada beberapa masalah kecil kepada permainan ini.

Perbezaan yang paling ketara sekali ialah peta War Games, di mana ianya dikeluarkan semula, remaster daripada peta asal daripada permainan pertama Titanfall. Mengikut forum di laman web Titanfall, ada artikel menyatakan bahawa tempat ini mengandungi kedai-kedai orang aam, bandar, lorong-lorong, dan bangunan tinggin untuk pertempuran di antara kedua pihak.

Sila anda saksikan video treler DLC di bawah ini;

DLC ini akan mengubah Titan Brawl sebagai mod permainan yang tetap, dan serangan Holo Pilot terbaru akan menguji sejauh mana kehebatan bertinju anda.

Titanfall 2 kini boleh didapati untuk PlayStation 4, Xbox One dan Microsoft Windows.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.