Berita

[TERBARU] DLC Terbaru Uncharted 4 Telah Didedahkan

Diolah oleh hang92

Naughty Dog telah mengesahkan DLC terbaru Uncharted 4 akan diterangkan dengan lebih terperinci semasa acara livestream dalam minggu ini.

Untuk mengikuti pendedahan ini anda boleh terus ke akaun rasmi Naughty Dog di Twitch.

Naughty Dog tidak banyak menceritakan hal DLC yang terbaru ini tetapi mereka menjanjikan isi kandungan yang serba baru, termasuk senjata dan kosmetik semasa livestream nanti.

Kami akan bawakan kemaskini yang terbaru sebaik sahaja diumumkan.

[KEMASKINI]

Pengumuman nampaknya sudah tamat. Di bawah adalah beberapa ciri penambahan baru yang telah diumumkan.

  • Senjata baru, termasuk senapang serangan dan pistol.
  • Vanity item baru, termasuk beberapa barangan dari The Last Of Us dalam permainan Savage Starlight.
  • Versi baru mod King of the Hill. Pasukan pertama yang menawan puncak bukit akan perlu untuk menawan satu lagi bukit, Victory Hill, memberikan pasukan yang kalah satu lagi peluang.
  • Acahan terbaru.
  • Orang yang membeli mana-mana Uncharted Points akan mendapat status VIP, yang memberikan anda 40 peratus ke atas Relics, daripada 20 peratus sebelumnya.
  • Peta baru ini dipanggil Treasury.
  • Booster baru ditambah ke mod Survival.
  • Halaman web untuk statistik peribadi baru akan membolehkan anda melihat pencapaian multiplayer anda.
  • Naughty Dog sedang mengusahakan senarai “medley” yang termasuk mod permainan.
  • Naughty Dog tidak mempunyai rancangan untuk menambah split-screen kepada Uncharted 4.

 

sumber : vg247 dan gamespot

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.