Berita

Dokumentari Permainan Call Of Duty Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diolah oleh Konsol

Jika dahulu, rancangan dokumentari ini hanya sinonim kepada gaya hidup masyarakat di Afrika termasuklah binatang-binatang liar yang berada disana. Tetapi kini tidak lagi!

Baru-baru ini, pihak Devolver Digital Films telah mengumumkan bahawa mereka dalam pembininan rancangan dokumentari yang dinamakan sebagai CODocumentary bagi permainan peperangan popular Call Of Duty (COD).

Di dalam dokumentari ini, ia akan berkisahkan jalan cerita di sebalik pembangunan, komuniti, dan kejayaan permainan popular ini untuk mendapat tempat di hati setiap pemain permainan video di dunia.

Apabila CODocumentary ini ditayangkan kelak, ia akan berdurasi selam 93 minit dimana para penonton akan disajikan dengan bermacam-macam kisah yang mengagumkan juga menyedihkan disebalik pembangunan permainan Call Of Duty ini.

Akhir sekali, rancangan CODocumentary ini akan ditawarkan melalui Steam Store pada 19 September 2017 ini.

Rumusan

Hebat juga cara pemasaran yang ingin dilakukan oleh pihak Activision ini. Sebelum ini, kita tak pernah terfikir pun akan menonton sebuah rancangan dokumentari berkisarkan permainan video.

Mungkin betul agakan kami, permainan video telah berkembang dan tidak lagi dipandang sebagai gejala yang tidak bermoral. Sebab itulah, pelbagai pihak ketika ini berlumba-lumba untuk memasuki pasaran permainan video yang dahulunya hanya dimonopoli oleh segelitir pihak. Syabas 🙂

Betul ke agakan kami ini, cuba anda kongsikan pula pendapat anda? Kalau kami salah tolonglah tunjukkan hehe…

Sumber: Trusted Reviews

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.