Berita

DOOM VFR: Mengimbas Kenangan 1993 Windows Dengan Platform VR

Diolah oleh hang92

Bethesda secara rasmi telah memperkenalkan permainan Doom VR, permainan yang pada asalnya dikeluarkan pada 1993 pada sistem operasi Windows MS-DOS.

Tajuk rasmi bagi permainan ini adalah Doom VFR, menggunakan pandangan orang pertama pada HTC Vive dan Playstation VR.

Video permainan dibawah menunjukkan tangan yang terapung – hehe, dengan banyak adegan tembak menembak menggunakan senjata api.

Kebanyakan permainan VR cuba untuk tidak menjadi terlalu cepat pada grafiknya untuk mengurangkan rasa loya, namun Doom VFR tidak peduli dengan perasaan anda dan masih lagi mengekalkan gayanya yang pantas dan laju – wekk wekk.

Tiada tarikh keluaran yang telah diumumkan lagi, tetapi Doom VFR bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.