Imbasan

DOUBLE DRAGON 4 – BERMAIN DENGAN GRAFIK RETRO

Diolah oleh Along Naz

Siri Double Dragon yang seterusnya ini telah dilancarkan di pasaran pada 31 Januari 2017 lalu.  Siri ini diambil setelah terkeluarnya Shadow Warriors dalam siri Double Dragon 2!

Pemain akan merasai sendiri pemgalaman baru dengan paparan grafik asal yang ‘old- school’. Pemain juga boleh mencuba seni Sou-Setsu-Ken untuk menyelamatkan Marian yang telah diculik.

Manakala, watak musuh yang baru wujud di dalam siri ini termasuklah ninja, master karate serta ahli  gusti sumo. Yang mana watak- watak ini tidak pernah ada di dalam siri Double Dragon sebelum ini.

Double Dragon 4 ini juga mempunyai banyak mode ekstra serta mempunyai ciri- ciri permainan yang hebat serta dinantikan oleh peminat tegar Double Dragon. Anda boleh beraksi sebagai karakter musuh, VS mode, Tower mode dan banyak lagi.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.