Berita

Dragon Ball Fighter Z: Mungkin Bakal Hadir Di Nintendo Switch

Diolah oleh Konsol

Salah satu pengumuman yang amat mengejutkan pada sidang media oleh pihak Microsoft pada acara E3 2017 yang lepas ialah pengumuman permainan pertempuran terbaru iaitu Dragon Ball Fighter Z.

Permainan pertempuran Dragon Ball Fighter Z ini diilhamkan daripada siri francais Marvel vs Capcom.

Walaupun permainan pertempuran Dragon Ball Fighter Z ini diumumkan ketika sidang media pihak Microsoft pada acara E3 2017 yang lepas, tetapi permainan ini sebenarnya bakal hadir ke hampir semua platform termasuk Playstation 4, Xbox One, PC dan juga mungkin pada platform Nintendo Switch.

Baca Juga: Dragon Ball Fighter Z Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Walaubagaimanapun pihak pembangun permainan Dragon Ball Fighter Z ini menegaskan bahawa perlancaran permainan ini pada platform Nintendo Switch hanya akan hadir bergantung kepada kejayaan Dragon Ball Xenoverse 2 yang dilancarkan pada platform Nintendo Switch.

Memetik kata-kata penerbit permainan pertempuran Dragon Ball Fighter Z iaitu Tomoko Hiroki:

“Permainan pertempuran Dragon Ball Fighter Z mungkin boleh dibangunkan oleh kami pada platform Nintendo Switch jika sambutan terhadap permainan Dragon Ball Xenoverse 2 mencatatkan pembelian yang tinggi dan mempunyai bilangan pemain yang ramai”

Rumusan

Bagi pemilik dan bakal pemilik konsol hibrid Nintendo Switch, adakah anda juga bercita-cita untuk memainkan permainan Dragon Ball Fighter Z ini jika ia benar-benar dilancarkan pada konsol Nintendo Switch?

Jika jawapan anda YA, mungkin sudah tibanya anda juga memainkan permainan Dragon Ball Xenoverse 2 dan menyumbang kepada jumlah pemain permainan ini, supaya pembangun permainan pertempuran Dragon Ball Fighter Z dapat melihat potensi peminat siri permainan Dragon Ball pada konsol Nintendo Switch.

Sumber: GameRant

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.