Berita

Dragon Ball FighterZ Akan Hadir Ke Pasaran Pada 26 Januari 2018 Di Seluruh Dunia

Dragon Ball FighterZ
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Walaupun Bandai Namco mengumumkan bahawa Dragon Ball FighterZ akan hadir ke pasaran pada 1 Februari 2018 di Jepun, dan kini telah disahkan bahawa permainan ini akan tiba pada 26 Januari 2018 di seluruh dunia. Apa yang menarik lagi adalah Dragon Ball FighterZ akan mempunyai demo di PS4 dan Xbox One pada bulan Januari.

Bagi mod kempen, Bandai Namco mendedahkan bahawa ia akan dibahagikan kepada tiga kumpulan. The Super Warriors akan mengikuti Saiyans, Super Villain adalah watak orang jahat dan Android mengambil tempat dari perspektif Android. Pemain boleh memilih tempat yang berbeza untuk bertempur berdasarkan peta taktikal yang akan mempengaruhi kebolehan mereka dalam pertempuran.

Untuk mod multiplayer pula , ada mod yang dipanggil Circle Match. Membolehkan sehingga lapan pemain bertarung antara satu sama lain dengan keempat-empat pertempuran berlaku pada masa yang sama.

Pemain juga boleh menjangkakan Season Pass untuk permainan yang akan menambah lapan watak tambahan. Jika anda membuat pra-pesanan versi digital, maka anda akan mendapat akses awal ke beta pada bulan Januari tahun hadapan.

Sumber: GamingBolt

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Burger Dragon Ball Sebenarnya Wujud, Dan Ianya Hanya Di Jepun

Android 17 Mungkin Akan Disenaraikan Di Dalam DragonBall FighterZ

Dragon Ball Fighter Z: Mungkin Bakal Hadir Di Nintendo Switch

Dragon Ball Z : Siri Baru Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.