Berita

Dragon Ball Xenoverse 2 DB : DLC Terbaru Telah Dilancarkan

Diolah oleh hang92

Bandai Namco akhirnya telah mengumumkan tarikh keluaran untuk pek DLC ketiga untuk sekuel Dragon Ball Xenoverse ini.

Menurut pengumuman itu, DB Super Pack 3 akan dikeluarkan pada 25 April 2016, dan akan dimasukkan kandungan baru termasuk watak-watak baru, pengembaraan baru, kemahiran, kostum, dan juga Master yang baru.

Image result for Dragon Ball Xenoverse 2

Berikut adalah senarai penuh ciri-ciri baru yang akan datang pada DB Super Pack 3 :

– 3 qatak tambahan: Goku Black Rose, Zamasu dan Bojack.
– 3 cerita pengembaraan baru
– 5 kemahiran baru
– 4 kostum tambahan
– 5 Super Souls
–  2 Emotes

Bojack berperanan sebagai Master, yang akan mengembara dalam pencarian untuk membuka kemahiran baru, Chat, dan Marks

DB Super Pack 3 akan merupakan DLC ketiga daripada empat pek DLC yang ditawarkan dalam permainan ini sekiranya anda melanggan Season Pass.

Dragon Ball Xenoverse 2 boleh didapati di platform PS4/XB1/PC

sumber : gematsu

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.