Berita

Dragon Ball Z : Siri Baru Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diolah oleh Konsol

Treler terbaru Dragon Ball Fighter Z telah dipertontonkan semasa E3 2017 di dalam sidang media Microsoft hari ini.

Seperti mana siri yang terdahulu, Dragon Ball Fighter Z baru ini juga akan menampilkan permainan tiga lawan tiga, serta gaya permainan 2D. Disamping itu,  ia mengekalkan watak-watak yang sama seperti Goku, Vegeta, Freza dan juga Majin Buu.

Baca Juga: Dragon Ball Xenoverse 2 DB : DLC Terbaru Telah Dilancarkan

Permainan ini akan menemui anda sekitar awal 2018. Akhir sekali, permainan ini akan dikeluarkan pada platform  Xbox One, PS4 dan juga PC.

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.