Berita

DRAGON QUEST XI : Akan Mampu Terjual Lebih Dari Pokémon Sun, Pokémon Moon dan Final Fantasy XV – Kata CEO

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Square Enix sedang bersedia untuk Dragon Quest XI bagi mendapat sambutan luar biasa untuk platform Nintendo 3DS dan PlayStation 4.

Siri ini mempunyai sejarah tentang kemampuan menewaskan pesaing lain di pasaran Jepun. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kadokawa Hirokazu Hamamura percaya tiada apa yang akan menghentikan permainan ini dari mendapat sambutan hangat.

Pada satu seminar baru-baru ini yang dipanggil “The Present Conditions and Prospects of the Game Industry”. Hamamura mengatakan bahawa permainan ini akan mampu terjual lebih banyak dari gabungan kedua-dua Pokémon Sun dan Moon dan Final Fantasy XV.

Untuk menjadikan perkara ini berlaku, Dragon Quest XI perlu terjual dengan jumlah besar sebanyak 5 juta salinan di pasaran Jepun. Pokémon Sun dan Moon kini sudah terjual sebanyak 4 juta salinan dan Final Fantasy XV sebanyak 1 juta salinan, bermakna 5 juta salinan keseluruhannya.

Ini merupakan satu matlamat yang tinggi dalam industri permainan yang menfokuskan platfrom mudah alih. Tetapi ianya bukannya sesuatu yang mustahil kerana siri Dragon Quest VII, VIII, dan IX semua berjaya terjual sebanyak 4 juta unit di Jepun.

Dragon Quest XI akan menyokong tiga versi platfrom yang berbeza. Iaitu Nintendo 3DS dan PlayStation 4. Nintendo Switch juga akan mendapat sokongan untuk permainan ini sekitar hujung tahun. Kelak dengan jualan di tiga platfrom ini, tidak mustahil sasaran 5 juta salinan terjual mampu dicapai.

Walau apapun, kita akan melihat sama ada matlamat Square Enix ini tercapai atau tidak apabila ia dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Nintendo 3DS pada 29 Julai. Versi Nintendo Switch akan dikeluarkan lewat tahun ini.

Baca juga – Dragon Quest XI : Pengawal Pelik / Comel Dikeluarkan Sempena Permainan Ini

Sumber: technobuffalo

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.