Berita

Dragon Quest XI: Didatangkan Untuk Versi 3DS dan PS4

Diolah oleh Along Naz

Permainan Dragon Quest XI akan dilancarkan pada Julai depan melalui platform Nintendo 3DS, bersama- sama dengan PS4. Walaubagaimanapun, difahamkan hal ini bukanlah perancangan asal daripada pihak pemaju permainan ini.

Dalam satu risalah yang telah diedarkan untuk tatapan peminat di ‘Countdown Carnival’ – sebuah acara khas untuk memperkenalkan permainan Dragon Quest XI – menjelaskan bahawa versi 3DS telah diwujudkan setelah kerja- kerja pembikinan permainan untuk versi PS4 selesai.

Image result for dragon quest xi

Sebenarnya, idea asal untuk mengeluarkan permainan Dragon Quest XI ini hanya untuk versi PS4 sahaja. Pengeluaran untuk mengeluarkan versi 3DS hanya bermula selepas berlaku peningkatan dalam kelompok peminat dan Square Enix mahukan lebih ramai peminat untuk mengalami sendiri pengalaman kesenorokan bermain permainan ini.

Dalam pada itu, pencipta permainan Dragon Quest, Yuji Horii meluahkan kebimbangannya berkenaan dengan versi 3DS. Beliau merasakan para peminat akan bermain dalam satu versi standard yang lebih rendah. Namun atas sebab itu, muncul idea yang membawa kepada perspektif 2D dan 3D.

Lebih menarik, Square Enix juga difahamkan sedang merancang untuk mengeluarkan Dragon Quest XI untuk versi Switch. Menarik kan? Sama- sama kita nantikan.

sumber : nintendoeverything

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

DRAGON QUEST XI : Akan Mampu Terjual Lebih Dari Pokémon Sun, Pokémon Moon dan Final Fantasy XV

Dragon Quest XI : Pengawal Pelik / Comel Dikeluarkan Sempena Permainan Ini

Wonder Boy The Dragon’s Trap : Remake dari konsol Sega Master System