Berita

Dragon Quest XI : Pengawal Pelik / Comel Dikeluarkan Sempena Permainan Ini

Diolah oleh hang92

Jika anda ingin bermain permainan ini dengan bergaya, anda mungkin memerlukan pengawal ini

Hari ini Square Enix mengumumkan satu berita yang relevan mengenai permainan yang akan datang iaitu Dragon Quest XI yang menggunakan platform JRPG, mereka bekerjasama dengan syarikat pengeluar pengawal Jepun yang terkenal iaitu Hori untuk merekabentuk pengawal baru ini.

Pengawal ini mempunyai bentuk makhluk berlendir ikonik bagi siri ini.

Ia akan dilancarkan di Jepun pada hari dan tarikh yang sama dengan tarikh pelancaran permainan, pada 29 Julai 2017

Berapa harganya? Jika harganya dikira termasuk dengan cukai adalah bersamaan $ 98 (~ RM 432.40)

Pengawal yang aneh ini berukuran 145 mm X 145 mm X 124 mm dan mempunyai berat 280g, dan akan dilengkapi dengan kabel USB dan tapak khas untuk digunakan sebagai barang hiasan.

Tetapi ingat, pengawal ini tidak mempunyai bar cahaya, jack fon kepala, sistem getaran, sensor gerakan gyro dan pembesar suara seperti mana-mana pengawal PS4 yang lain.

Jika anda seorang pengumpul koleksi barangan pelik / comel ini,  anda boleh membuat pra tempahan di laman web Amazon Jepun di sini.

sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.