Berita

Drama Bersiri HALO Masih Di Dalam Pembikinan Kata Jurucakap Microsoft

Diolah oleh Konsol

Masihkah anda mengingati detik-detik manis ketika anda memainkan permainan HALO?

Tidak dinafikan, permainan video HALO adalah antara permainan konsol terbaik yang pernah kami mainkan.

Ini kerana kami rasakan jalan permainan, dan grafik permainan ini saling melengkapi antara satu sama lain sekaligus membuatkan kami sentiasa mengingati permainan HALO lebih daripada permainan-permainan video yang lain.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak desas-desus yang mengatakan pihak Microsoft dalam usaha untuk membawakan pengalaman permainan HALO ke siri drama televisyen.

Walaubagaimanapun, sebelum ini pihak Microsoft dilihat tidak pernah membuat sebarang pengumuman penting bagi perkembangan siri drama dinanti ramai ini.

Tetapi beberapa hari yang lepas, jurucakap pihak Microsoft akhirnya telah membuka mulut dengan berkata pihak Microsoft masih lagi dalam proses pembikinan siri drama HALO.

Beliau menambah, pembikinan siri drama televisyen HALO mengambil masa yang sedikit lama kerana pihak Microsoft tidak mahu tergopoh gapah dalam memproduksikan siri drama ini.

Rumusan

Segala jalan cerita siri drama HALO haruslah mempunyai kesamaan dengan apa yang kami berikan di dalam permainan video Halo bagi menjamin pengalaman yang sempurna apabila siri drama ini ditonton kelak.

Bagi mereka yang meminati permainan HALO dan amat menantikan tayangan siri drama HALO di kaca televisyen anda, mungkin pengumuman sebegini memberi sedikit kelegaan. Mahunya tidak, bertahun sudah kita menantikan siri drama HALO ini.

Pada pendapat kami, mungkin siri drama HALO ini akan ditayangkan seawal 2018 kelak, kerana pihak Microsoft dilihat tidak lagi boleh berlengah dalam melancarkan siri drama ini kerana ia telah pun mendapat sambutan yang amat mengalakkan sejak pertama kali berita tentang siri drama ini diumumkan.

Itu pendapat kami, pendapat anda bagaimana pula? Kongsikannya di ruangan komen.

Kitakan satu komuniti, jadi pendapat dan pandangan anda amatlah kami hargai 🙂

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.