Berita

Dwayne ‘The Rock’ Johnson Memberikan Hadiah Xbox One X Eksklusif Untuk Kanak-Kanak Ini

Diolah oleh hang92

16 tahun lalu, Dwayne Johnson telah berada di atas pentas bersama Bill Gates, tuan empunya Microsoft, untuk membantunya mengumumkan konsol Xbox yang pertama. Kini Microsoft kembali bekerja sama dengan Dwayne untuk sesuatu yang lebih istimewa pada sempena pelancaran konsol terbaru Xbox One X.

Image result for dwayne johnson xbox one x

Pada minggu ini, Dwayne bersama kru filem sedang mempromosikan projek filem terbarunya yang berjudul Skycraper. Mereka juga mempunyai misi lain iaitu bertemu dengan kanak-kanak daripada pertubuhan Make-A-Wish.

Ketiga kanak-kanak tersebut bukan sahaja kagum acara promosi Skycraper, tetapi mereka juga mendapatkan kejutan dimana mereka dihadiahkan konsol paling hebat di dunia iaitu Xbox One X dan disulami dengan logo kerbau The Rock, dan sebuah pesanan peribadi yang ditulis oleh Dwayne sendiri yang berisi ucapan ‘Selamat Hari Natal’.

Keren! Dwayne Johnson Bersama Microsoft Berikan Kejutan Hadiah Natal lewat Xbox One X Custom!

Tidak hanya itu, Dwayne juga melayan ketiga kanak-kanak tersebut dengan layanan VIP termasuk memberi mereka menggunakan kerusi pengarah, membawa kenderaan di dalam filem dan berlawan menentang Dwayne di dalam beberapa permainan yang popular di Xbox seperti Super Lucky’s TaleForza Motorsport 7Killer Instinct dan beberapa permainan lain.

Untuk pengetahuan anda, Xbox One X menawarkan spefikasi 6 teraflops dan RAM tambahan, permainan 4K yang asli,  lebih 8 juta piksel; anda akan mendapat HDR, sokongan audio dengan Dolby Atmos.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.