Berita

Dynasty Warriors 9 : PS4 Eksklusif Dengan Dunia Permainan Terbuka

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Di dalam landskap permainan video moden, semakin banyak permainan yang dikeluarkan dengan pasaran eksklusif untuk sesuatu konsol itu sahaja.

Permainan terkini yang mengumumkan pasaran eksklusif konsol adalah Dynasty Warriors 9, yang akan menjadi permainan eksklusif untuk PlayStation 4.

Dalam keluaran majalah Famitsu (majalah permainan Jepun) minggu ini, Koei Tecmo telah mengumumkan bahawa Dynasty Warriors 9 (Shin Sangoku Muso 8) akan hadir ke PlayStation 4 dengan dunia dalam permainan yang indah, dinaik taraf ke peta dunia terbuka.

Ini merupakan kali pertama siri permainan ini telah diusahakan dengan ciri tetapan dunia yang terbuka, dan ini sudah cukup menambah keterujaan untuk melihat apakah yang akan ditawarkan lagi.

Cara dan pergerakan baru dalam permainan juga akan ditambah, dengan keupayaan untuk membunuh musuh dari jarah jauh (sniping) dan menembak cangkuk bertali (grappling hooks) untuk gerakan pantas. Watak baru dan ciri-ciri yang dinaik taraf juga akan ditawarkan dalam permainan.

Dynasty Warriors 9 kini masih lagi dalam pembangunan, masih lagi tiada sebarang pengumuman rasmi bila ia akan hadir ke pasaran.

Apa pandangan anda mengenai siri Dynasty Warriors yang akan hadir dengan dunia terbuka? Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen!

Sumber : siliconera

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.