Berita

E3 2017 : APA YANG AKAN BAKAL ANDA SAKSIKAN KELAK?

Diolah oleh hang92

Akan berlangsung dari 13-15 Jun di Los Angeles, ia adalah pentas di mana semua syarikat permainan gergasi akan mengumumkan tajuk-tajuk permainan baru khususnya untuk platform konsol.

Nintendo Switch akan membuat debut pertama kali pada E3 kali ini dan juga pastinya pengumuman daripada Microsoft, iaitu mereka akan memperkenalkan pengganti kepada Xbox One, iaitu Project Scorpio.

Sony di E3 2017

The Last of Us 2, God of War, Spider-man, dan banyak lagi

Image result for tlou 2

Sony akan muncul di E3 2017 sebagai peneraju pasaran yang terkenal. Tanpa apa-apa barangan baru untuk diperkenalkan, Sony akan memberi tumpuan kepada pengenalan tajuk-tajuk permainan yang baru.

Pada tahun 2016 menyaksikan pengenalan PlayStation VR dan PS4 Pro, bermakna syarikat itu hanya perlu menumpukan pada tajuk permainan sahaja pada tahun ini.

Nama-nama permainan yang kita sudah sedia maklum adalah The Last of Us Bahagian 2, Spider-Man, Days Gone dan Detroit : Become Human.

Kami sebenarnya sedang menantikan maklumat lanjut tentang permainan Days Gone dimana treler permainan menunjukkan ribuan zombie mengejar watak protaganis.

Related image

Death Stranding 

Hideo Kojima menyatakan permainan ini ditunjukkan sebagai platform permainan dan bukannya suatu projek seni yang pelik. Tetapi permainan ini adalah tanpa ragu merupakan salah satu permainan PlayStation 4 yang paling ramai pemain bercakap mengenainya.

Image result for death stranding

Jika permainan tidak dilancarkan di E3 2017, sekurang-kurangnya kita perlukan lebih maklumat lanjut kerana kami agak keliru selepas menonton treler pertama permainan ini.

Diharapkan Kojima menunjukkan cara permainan di acara ini.

Final Fantasy VII Remake

Adakah anda masih ingat apabila Sony menunjukkan treler The Guardian, Shenmue 3, dan Final Fantasy 7 Remake semasa persidangan E3 2015?

Walaupun Final Fantasy XV sudah keluar, E3 2017 akan menjadi pentas yang ideal untuk Square Enix untuk memberi peminat rupa baru pada pembuatan semula Final Fantasy VII.

MICROSOFT di E3 2017

Project Scorpio

Microsoft akhirnya mengesahkan kita akan melihat lebih banyak rupa konsol 4K misteri ini. Taklimat akan diadakan pada 11 Jun untuk mempamerkan ciri-ciri prestasi, permainan, tarikh keluaran dan banyak lagi.

Image result for scorpio microsoft

Kita telah banyak dibocorkan dengan gambaran awal, tetapi kini ia adalah masa untuk melihat bagaimana sejauh mana kebenaran maklumat yang telah dibocorkan sebelum ini.

Apa permainan yang akan dilancarkan disamping Projek Scorpio?

Semua ciri-ciri yang dibocorkan adalah hebat, dan kita semua mahu Scorpio untuk melaksanakan ciri-ciri tersebut.

Sayangnya, Project Scorpio hanya akan menjadi satu kotak berkilat sebagai hiasan semata-mata melainkan ada permainan hebat tiba di sampingnya. Dan anda tahu bahawa semua permainan Xbox One akan dapat dimainkan pada Scorpio.

Jadi banyak tajuk yang sedia ada untuk dimainkan seperti Gears of War 4, Forza Horizon 3, dan lain-lain sepatutnya turut  mendapatkan resolusi permainan dalam 4K.

Image result for gears of war 5

Mungkinkah debut pertama kali untuk Forza Motorsport 7? Bolehkah kita melihat kemunculan Halo 6 atau bahkan Gears of War 5?

NINTENDO di E3 2017

Tajuk permainan baru

Kami menjangkakan untuk melihat kemunculan permainan Splatoon 2 dan Mario Kart 8 Deluxe, tetapi peminat Nintendo mahu melihat beberapa permainan klasik diwujudkan kembali iaitu Metroid dan F-Zero.

Image result for nintendo metroid

Bos besar Nintendo of America, Reggie Fils-Aime menjanjikan syarikat itu akan menggemparkan E3 dengan kejutan terbesar pada tahun ini. Reggie menjanjikan Nintendo akan mempamerkan begitu banyak tajuk permainan sekaligus.

EA, BETHESDA, Ubisoft dan Lain-lain di E3 2017

Selalunya pengumuman E3 terbesar akan datang daripada Sony, Microsoft atau Nintendo. Ttetapi kami menjangkakan akan melihat banyak permainan baru daripada penerbit permainan seperti EA yang akan memperkenalkan Star Wars Battlefront 2, Need for Speed ​​dan FIFA 18.

Image result for fifa 18

Ubisoft pula akan mempertaruhkan pada Assassin Creed yang baru. Jika tekaan kami kali ini adalah betul, permainan ini pasti akan menjadi bintang pada E3 2017.

Bethesda mungkin akan mengatakan tentang Prey dan Quake Champion. Juga terdapat khabar tentang permainan Elder Scrolls dan tajuk yang lain.

Akhir sekali, pastikan anda tidak terkejut melihat Square Enix mendedahkan Shadow of the Tomb Raider.

Rumusan

Kesimpulannya, E3 2017 bakal menjadi acara yang akan disebut-sebut pada sepanjang masa.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.