Berita

E3 2017: Kesemua Treler Dari Pihak Electronic Arts (EA) Dipertontonkan

Diolah oleh Konsol

Pada acara E3 tahun ini, pihak Electronic Arts (EA) baru sahaja membuat sejumlah pengumuman pada sidang media mereka tentang kemaskini permainan yang bakal dilancarkan oleh Electronics Arts (EA).

Dari Star Wars Battlefront 2 hinggalah ke Fifa 18, A Way Out dan banyak lagi. Memang amat sukar bagi sesiapa untuk menjejaki kesemua video trailer yang telah diumumkan pihak Electronic Arts (EA) pada sidang media kali ini.

Selain daripada itu, pengumuman paling menarik didalam sidang media Electronic Arts (EA) ini hadir dari Fares Josef iaitu penulis dan pengarah bagi Brothers – A Tale of Two Sons.

Fares Josef telah mengumumkan satu permainan baru yang dinamakan A Way Out. Permainan ini telah direka khas untuk splitscreen co-op.

Disamping itu, jalan cerita kepada permainan A Way Out ini ialah mengisahkan 2 orang lelaki yang cuba untuk lari dari penjara, dan anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang permainan ini pada trailer yang kami sediakan di bawah.

A Way Out ini akan hadir pada platform Playstation 4, Xbox One dan juga PC pada awal tahun 2018.

Akhir kata, acara E3 2017 ini akan membuka tirainya pada 13 Jun ini. Nantikan kemaskini terbaru tentang semua perkara yang bakal diumumkan di dalam acara E3 ini daripada kami di konsol.my. Stay tune ūüôā

Senarai trailer:

1. A Way Out Reveal Treler

 

2. A Way Out Gameplay

 

3. Battlefield 1 – In The Name Of The Tsar

 

4. Madden NFL 18 – Longshot

 

5. Fifa 18 – Gameplay Treler

 

6. Fifa 18 – The Journey: Hunter Returns

 

7.  Need For Speed Payback Gameplay Treler

 

8. Anthem Teaser Treler

 

9. NBA Live 18 Reveal Treler

 

10. Starwars Battlefront 2 Gameplay Treler

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.