Berita

E3 2017: Mengapa The Last Of Us 2 Tidak Diumumkan Pada Acara Kali Ini

Diolah oleh Konsol

Rasanya tidak salah jika kami katakan bahawa ramai peminat menjangkakan Sony akan mengumumkan permainan The Last Of US 2 pada sidang media mereka di acara E3 edisi 2017 ini.

Tetapi apakan daya, pihak Sony dilihat langsung tidak mengumumkan apa-apa berkaitan permainan kesukaan ramai ini.

Disebabkan perkara ini, ramai yang masih tertanya-tanya kenapa pihak Sony tidak mengumumkan permainan The Last Of Us 2 ini atau sekurang-kurangnya mempertontonkan treler terbaru dari siri permainan ini pada sidang media mereka yang berlangsung semalam.

Oleh itu, untuk menjawab kegusaran semua pihak, pengarah kreatif bagi permainan The Last Of Us ini iaitu Neil Druckmann dilihat telah membuat suatu pengumuman menerusi akaun Twitter beliau.

Memetik kata-kata beliau di Twitter :-

“Percaya atau tidak, kami sangat teruja untuk berkongsi tentang perjalanan terbaru Ellie dan Joel’s, tetapi ternyata sekarang ini adalah masa untuk Chloe dan Nadine’s menyerlah terlebih dahulu”

Susulan status yang dimuat naik pada Twitter Neil Druckmann, kita dapat melihat sebenarnya mereka mempunyai rancangan yang besar untuk dipersembahkan kepada peminat-peminat siri The Last Of Us.

Walaubagaimanapun, perkara ini perlu ditangguhkan seketika kerana mereka tidak mahu The Last Of Us menjadi persaing terbesar kepada siri Uncharted baru yang bakal dilancarkan kelak.

Rumusan

Jadi sama-sama lah kita bersabar sebelum permainan kesukaan ramai iaitu The Last Of Us 2 diumumkan dan dipertontonkan kelak.

Lagipun sabar itukan separuh dari iman 🙂

Sumber: GameRant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.