Berita

E3: Porsche Mengumumkan Kereta Terbaru Mereka 911 GT2 RS

Diolah oleh hang92

Suatu pentas yang sangat menarik! Bukan sahaja permainan baru diperkenalkan, kereta baru pun turut diperkenalkan di pentas E3 ini.

Porsche telah mengumumkan kereta terbaru keluaran mereka iaitu 911 GT2 RS, sebuah kereta menggunakan pacuan roda belakang dengan hampir 700 kuasa kuda dan dikuasakan oleh 3.8 liter enjin twin-turbo.

Tetapi pengumuman ini bukanlah bertempat di Paris, Kuala Lumpur ataupun Arau. Tidak, Porsche baharu ini diumumkan di Los Angeles, di pentas E3.

Namun tahukah anda, sehingga tahun lepas, anda tidak boleh bermain menggunakan kereta Porsche pada sebahagian besar permainan perlumbaan kerana perjanjian pelesenan eksklusif dengan Electronic Arts?

Cuma sekarang kita dapat ketahui bahawa perjanjian ini telah pun tamat. Porsche kini boleh didapati pada mana-mana permainan video perlumbaan termasuk Forza Motorsport 7.

E3 bukanlah tempat yang anda boleh bayangkan untuk memperkenalkan kereta baru seperti 911 GT2 RS.

sumber: neogaf

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.