Berita

EA Memberi Pemain PS4 Sebanyak 5 Permainan Percuma Sehingga 18 Jun

Diolah oleh hang92

Pada sidang akhbar untuk E3 2017 pada tahun lepas, EA telah mengumumkan inisiatif yang dinamakan Play to Give yang bertujuan untuk memberi wang kepada badan amal dengan syarat pemain perlu melengkapkan cabaran dalam permainan yang diterbitkan oleh EA.

EA baru sahaja mengesahkan perkara ini mengenai usaha tersebut pada taklimat E3 2017, di mana mereka telah mengumumkan bahawa $ 1 juta wang amal akan diberi pada kempen HeForShe, National Bullying Prevention Center dan Ditch the Label.

Untuk meraikan, EA telah memberi akses percuma kepada pemain PS4 sebanyak lima permainan yang boleh didapati pada PlayStation Store secara percuma.

Permainan yang dimaksudkan adalah: FIFA 17, Madden NFL 17, Plants vs Zombies: Garden Warfare 2, Titanfall 2, dan UFC 2.

Selain itu, pemilik Star Wars Battlefront juga akan mendapat akses kepada setiap peta premium yang ditawarkan.

Apakah permainan yang akan menjadi pilihan anda? Jika anda tidak pasti, kami mengesyorkan permainan Plants vs Zombies: Garden Warfare 2 dan Titanfall 2

sumber : eurogamer

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.