Berita

EA Mengesahkan Siri Baru Battlefield Akan Hadir Pada 2018

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Semasa pembentangan laporan kewangan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif EA, Andrew Wilson mendedahkan bahawa tahun depan, syarikat itu akan hadir dengan siri baru seterusnya untuk Battlefield.

Pengesahan bahawa permainan Battlefield yang baru sedang dibangunkan menimbulkan banyak persoalan, iaitu apa yang akan terjadi pada Battlefield 1.

battlefield-2018

Sekitar hujung tahun ini, permainan ini akan menambah kandungan pengembangan – DLC In The Name of the Tsar dan di Gamescom 2017, EA Juga akan memperincikan mod permainan eSports serta peta baru.

Wilson juga menyebutnya sebagai “pengalaman maksima Battlefield“. Walau bagaimanapun, dalam masa kurang dari setahun, EA mungkin akan memperkenalkan sedikit demi sedikit tentang siri Battlefield yang seterusnya.

Melihat kepada ura-ura yang telah beredar, ramai peminat inginkan Perang Korea di dalam siri Battlefield, yang akan mempunyai ciri-cari bandar pergunungan, berasaskan laut, pertempuran jarak dekat dan konflik jet-pejuang.

battlefield-1-summer-update-details-expansion-tease-alley

Peminat juga mahukan Battlefield 2142 yang baru, namun beberapa peminat tegar percaya bahawa kemasukan seterusnya adalah Battlefield Hardline 2.

Setakat ini tdak ada kesahihan di sebalik tuntutan peminat di atas. Adakah anda teruja untuk permainan Battlefield yang baru? Dan jika ya, adakah anda ingin melihatnya dalam suasana yang lebih moden atau futuristik? Kongsikan dengan kami!

Sumber: GameRant

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Battlefield 1: Berjaya Mengumpul Seramai 21 Juta Pemain Di Seluruh Dunia

Battlefield 1: Kemaskini Terbaru Membenarkan Anda Bermain Peta DLC Dengan Percuma

Battlefield 1 : Memperkenalkan Askar Wanita Dalam DLC Akan Datang – In The Name of The Tsar

Saksikan Treler Battlefield 1 Menggunakan MS Paint

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.