Berita

EA Sports Mengumumkan Edisi Terhad FIFA 18 Ajax

Diolah oleh hang92

EA Sports telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan tidak lama lagi versi istimewa edisi terhad FIFA 18 Ajax yang boleh didapati mulai 29 September ini.

Edisi terhad ini disertakan dengan kotak berwarna merah dan mempunyai logo Eredivisie dihadapannya. Anda hanya boleh membuat pra pesanan melalui kedai di atas talian kelab tersebut.

Untuk menempahnya, anda boleh klik pada pautan ini. Harga edisi istimewa ini adalah 64.95 Euro atau ~ RM 332.

Baca juga: FIFA 18: EA Sports Melancarkan Treler Yang Menampilkan Neymar Bersama PSG

Pemain eSukan Ajax iaitu Koen Weijland dan Dani Hagebeuk merupakan insan yang paling gembira sekali di dunia apabila cita-cita mereka untuk menjadikan kelab mereka sebagai edisi istimewa FIFA telah pun menjadi kenyataan.

Kita di Malaysia? Bila lagi akan mempunyai edisi istimewa FIFA yang akan disulami dengan logo Harimau Malaya ataupun FAM?

sumber: goal.com

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.