Tips

Earth Hour Malaysia – Sebagai Pemain Konsol, Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Diolah oleh hang92

Bang, jika saya malapkan lampu televisyen masa main konsol boleh dikira Earth Hour tak?

Earth Hour adalah aktiviti global yang dianjurkan oleh WWF (World Wildlife Fund) dan diadakan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun.

Earth Hour memerlukan rumah-rumah dan premis perniagaan untuk mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan dan tidak penting selama satu jam untuk meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim yang ketara sekarang.

Semasa Earth Hour, kesemua lampu akan dimatikan tepat pada pukul 8.30 malam pada setiap 25 Mac ini dan aktiviti ini akan berlangsung selama lebih kurang sejam.

Kami di konsol.my menyokong sepenuhnya aktiviti ini dijalankan bagi mengurangkan kesan rumah hijau yang terjadi akibat pencemaran alam sekitar di seluruh dunia.

Jadi, sebagai seorang pemain konsol tegar. Adakah anda sanggup untuk berkorban masa selama sejam untuk menyokong kempen Earth Hour 2017 ini?

Jika anda sanggup berkorban masa penting anda, kami ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan semasa Earth Hour

1 – Makan malam dengan keluarga anda dengan dihiasi sinaran dari lampu lilin

2 – Main sorok-sorok dengan keluarga anda, tetapi oleh kerana kami ni penakut, boleh langkau ke aktiviti ketiga

3 – Sebagai pemain konsol tegar, apakata anda beralih kepada permainan lain pula seperti Uno, Jutaria atau daun terup

4 – Berkenalan dengan pelajar kolej perempuan yang menyewa di rumah sebelah

5 – Berehat dan tidur awal, anda sudah lama tidak tidur awal kebelakangan ni

6 – Elakkan daripada menggunakan perkakasan yang menggunakan elektrik, hatta telefon bimbit anda sekalipun

7 – Ada aktiviti bakar-bakar dengan rakan-rakan sekolah anda

8 – Baca novel kegemaran anda di bawah sinaran lampu lilin

9 – Luangkan masa romantik dengan pasangan anda

Jika anda tetap berdegil dan ingin teruskan permainan konsol anda, itu OK bagi kami malah anda juga untung kerana tiada masalah lagging pada permainan online disebabkan orang lain semua sibuk meraikan Earth Hour 2017.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.