Berita

Easter Egg Dalam Ghost Recon: Wildlands

Diolah oleh hang92

Ubisoft telah melancarkan Ghost Recon : Wildlands, francais terbaru mengikut siri buku oleh Tom Clancy. Permainan ini penuh dengan Easter Egg bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pemain.

Semasa pemain meneroka Wildlands, mereka akan terjumpa punat yang misteri, tidak diketahui tujuan punat tersebut. Sebelah punat tersebut ada tanda yang mengatakan “DON’T PRESS ME” yang jelas.

Jika anda membuat keputusan untuk menekan punat tersebut ia akan menyebabkan empat roket dilancarkan ke atas langit.

Ia kemudian melambung tinggi ke udara, dan datang menerjah kedudukan pemain.

Roket ini tidak akan menyebabkan apa-apa kecederaan kepada pemain. Malah tidak menghasilkan bunyi sekali pun. Tetapi ianya akan berpecah menjadi konfeti berwarna-warni apabila meletup.

Apa lagi Easter Egg yang sudah dijumpai oleh para pemain semasa meneroka Bolivia?

Agak-agak kerajaan Bolivia akan buat bantahan rasmi terhadap Easter Egg ni tak?

Wildlands dikatakan mempunyai peta terbesar yang Ubisoft telah pernah cipta, dan pasti akan banyak lagi rahsia untuk dibongkar.

Source: VG247

Jika anda telah ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.