Berita

Echoes of the Fey: The Fox’s Trail – Permainan Novel Visual Yang Akan Datang Pada PS4

Diolah oleh hang92

Echoes of the Fey: The Fox’s Trail adalah permainan novel visual yang menggunakan medium bahasa Inggeris. Permainan ini mencampurkan suasana fantasi yang tinggi dengan misteri dan konspirasi ala-ala detektif.

Anda akan bermain sebagai Sofya Rykov, penyiasat peribadi yang mempunyai rahsia tersendiri iaitu kekuatan magik yang akan digunakan untuk menyelesaikan kes misteri.

Dalam episod “The Fox’s Trail”, Sofya diupah untuk mengesan Leshin yang hilang semasa zaman puak penentang Manusia semasa era penjajahan. Anda akan menyiasat maklumat-maklumat yang disediakan. Sepanjang permainan ini berlangsung, anda akan menyiasat lebih dari 100 maklumat pada sepanjang cerita.

Sesetengah maklumat akan meningkatkan hubungan anda dengan watak yang ada di dalam permainan. Ada juga watak-watak lain yang akan menambah maklumat penting kepada anda.

Tarikh keluaran permainan untuk PS4 masih lagi belum diumumkan setakat ini.

sumber: steam