Berita

Eksekutif Xbox Mengkritik Pendirian Sony Berkaitan ‘Backwards Compatibility’

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Eksekutif Xbox, Mike Ybarra, mengkritik di media sosial tentang pendirian Sony untuk backwards compatibility.

Awal minggu ini, Eksekutif Sony, Shawn Layden, menjelaskan mengapa tiada perancangan untuk membawa backward compatibility ke PS4, kerana permainan PS1 dan PS2 kelihatan “kuno” dan beliau tidak memahami mengapa ada peminat yang ingin bermain permainan “kuno” itu.

Beliau di twitter menyatakan “[Microsoft inginkan] pemain untuk bermain permainan terbaik pada masa lalu, semasa, dan masa hadapan,” juga menyatakan ciri backwards compatibility di Xbox adalah permintaan peminat permainan video.

Walaupun ramai peminat meminta ciri ini, menurut data terbaru, sangat sedikit pengguna Xbox One yang bermain permainan Xbox 360.

Apabila seorang pengikut di Twitter menyatakan data ini kepada eksekutif Xbox, Ybarra membidas laporan itu, dengan berkata, “Mengikis beberapa data dari pelayan (servers) memberikan pandangan yang tidak tepat tentang apa yang orang lakukan.

Ketua di Xbox, Phil Spencer, sebelum ini mendedahkan bahawa hampir 50% dari pengguna Xbox One telah bermain permainan backward compatible, tetapi data untuk angka penggunaan yang termasuk minit permainan tidak dinyatakan.

Dengan pengetahuan bahawa peminat PlayStation terdesak untuk bermain permainan klasik di PS4, Microsoft mungkin akan lebih menggalakkan backwards compatibility sebagai daya tarikan utama di konsol mereka.

Sumber : gamerant

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Sony Menerangkan Mengapa PS4 Tidak Menyokong Backwards Compatibility

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.