Berita

ELEX : Permainan RPG Dunia Terbuka Akan Dilancarkan Oktober Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

ELEX, permainan dunia terbuka yang akan datang di PlayStation 4, Xbox One dan Microsoft Windows pada 17 Oktober ini telah mempertontonkan treler video dalam permainan.

Treler sinematik yang telah dikeluarkan sebelum ini sememangnya kelihatan sangat menarik, dan kini, anda boleh melihat ciri dalam permainan di dalam treler terbaru ini.

ELEX adalah permainan yang kelihatan menarik, dan berpotensi sebagai permainan yang menyeronokkan, bercirikan aksi-RPG di dalam sebuah dunia “fantasi sains“. Ini bermakna anda boleh bersiar-siar di persekitaran pergunungan yang mengagumkan. Huhu

Akan hadir ke PlayStation 4, Xbox One dan Microsoft Windows pada 17 Oktober ini.

Apa pandangan anda tentang treler ELEX ini? Bolehkah permainan ini menjadi satu kejutan?

Sumber : pushsquare

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.