Berita

Espen Aarseth : Profesor Bidang Permainan Pertama Di Denmark

Diolah oleh hang92

Jika anda mencari di laman web carian menggunakan kata kunci ‘Espen Aarseth’ maka anda akan mendapati bahawa beliau adalah seorang warganegara Norway dan bertugas sebagai seorang profesor di Universiti IT Copenhagen (ITU).

Beliau juga merupakan profesor pertama di Denmark di dalam bidang penyelidikan permainan komputer.

Baru-baru ini beliau telah dianugerahkan geran penyelidikan bernilai RM 7.74 juta daripada kesatuan EU, nampaknya ada sebab kenapa Aarseth agak serius menceburi di dalam sektor yang kian berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

“Terdapat keperluan yang penting untuk masyarakat memahami bagaimana permainan bekerja samada menghasilkan sikap yang baik atau buruk, dan apa yang pemain permainan akan lakukan dan tidak lakukan,” kata Aarseth.

“Adakah permainan membawa kepada keganasan, ketagihan, proses pembelajaran, kesihatan yang lebih baik, dan sebagainya? Terdapat banyak soalan mengenai cara permainan boleh mempengaruhi kita selama 35 tahun ini dan soalan ini masih belum dijawab dengan sempurna. “

“Sebagai contoh, permainan Tetris adalah agak berbeza daripada World of Warcraft, dan kedua-dua adalah juga berbeza daripada Pokémon GO. Bidang penyelidikan permainan ini adalah sangat besar, tetapi kami tidak mempunyai idea yang cukup untuk memahami konsep ini”

Aarseth juga menerangkan bahawa permainan Fallout : New Vegas (permainan yang mengisahkan orang masih hidup selepas malapetaka dasyat) – mengandungi dua kali lebih banyak dialog berbanding kesemua karya Shakespeare.

sumber : cphpost.dk

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.